Nabi Muhammad SAW berbangga dengan ramainya umat baginda di hari akhirat kelak. Justeru, kelahiran bayi adalah sesuatu yang perlu disambut dengan adab Islam sebagai permulaan terhadap proses pembentukan mereka menjadi insan yang berguna.
Sesuai dengan sabda Rasulullah dalam sebuah hadis :
“Setiap kelahiran bayi itu tertebus dengan akikahnya yang disempurnakan (sembelihan) untuknya pada hari ke-7, dan dicukur rambutnya serta diberikan namanya” (HR. At-Tirmidzi).
foto kredit : suara.com
Mencukur rambut
Sunat dicukurkan rambut bayi secara licin pada hari ketujuh kelahirannya. Dari segi kesihatan, ia dapat membersihkan saki baki kotoran pada kepala bayi semasa di dalam rahim.
2. Memberikan nama anak
Digalakkan untuk memberikan nama anak dengan makna yang baik.Sebahagian ulamak menyatakan bahawa sebaik-baik nama ialah nama yang dipuji seperti Ahmad, Muhammad, Mahmud dan Hamadah, serta nama yang disembah seperti Abdullah, Abdul Basit, Abdul Razak dan lain-lain.
3. Khatan/sunat
Di dalam mazhab Shafie, Hanbali dan Maliki, hukumnya adalah wajib bagi anak lelaki. Imam Ahmad turut mewajibkannya untuk anak perempuan. Mengenai waktu berkhitan, digalakkan untuk melakukannya sama ada pada hari pertama atau hari ketujuh kelahiran. Akan tetapi ianya boleh dilaksanakan sehinggalah ke umur mukallaf
4. Bersedakah dengan emas atau perak seberat rambut yang telah dicukur
Ini berdasarkan sepotong hadis yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a.:
“Bahawasanya Rasulullah SAW telah mengarahkan untuk mencukur rambut al-Hasan dan al-Husain pada hari ketujuh mereka, rambut mereka telah dicukur, lalu disedekah timbangannya dengan perak”.
Ibadah aqiqah menjadi salah satu kebiasaan bagi ibu bapa Muslim yang baru mendapat anak. Ia merupakan tradisi yang sering disambut oleh kaum keluarga dan kenalan beserta dengan juadah kambing golek yang menyelerakan. Apabila kita menyelusuri sejarah aqiqah, ia sebenarnya telah bermula sejak ribuan tahun. Malah, ia telah dilaksanakan sebelum kelahiran Rasulullah S.A.W lagi. Aqiqah Sebelum […]
Apakah doa dan bacaan semasa majlis aqiqah? Setiap majlis aqiqah tidak akan sempurna sekiranya tiada bacaan doa aqiqah. Doa merupakan satu permintaan yang ditujukan kepada Allah. Jadi tidak hairanlah dalam setiap ibadah, ada beberapa doa yang boleh kita baca. Berikut adalah bacaan doa aqiqah dalam bahasa Arab beserta tulisan ruminya. Niat Aqiqah Atau Doa Aqiqah […]
Nabi Muhammad SAW berbangga dengan ramainya umat baginda di hari akhirat kelak. Justeru, kelahiran bayi adalah sesuatu yang perlu disambut dengan adab Islam sebagai permulaan terhadap proses pembentukan mereka menjadi insan yang berguna. Sesuai dengan sabda Rasulullah dalam sebuah hadis : كُلُّ غُلاَمٍ رَهِينَةٌ بِعَقِيقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى “Setiap kelahiran bayi itu […]
Kehadiran cahaya mata adalah satu perkara yang amat dinantikan bagi setiap pasangan yang berkahwin. Ini adalah saat yang paling membahagiakan bagi mana-mana pasangan. Namun disebalik kebahagian tersebut ada amanah yang perlu dilaksanakan . Sebelum itu, mari kita fahami apakah itu aqiqah dan hukumnya 🙂 Apa itu Aqiqah ? Menurut bahasa : Memotong . Pada Asalnya ia […]
Apa itu korban ? Menyembelih binatang tertentu pada Hari Raya Aidiladha @ Hari Tasyriq dengan tujuan mendampingi diri kepada Allah S.W.T. 2. Sejarah Pensyariatan Ibadah Qurban 📌 Allah datangkan satu bentuk ujian yang paling tidak masuk akal dalam hidup Nabi Ibrahim a.s. 📌 Baginda selama puluhan tahun menanti dikurniakan zuriat dan akhirnya lahirlah Nabi Ismail […]