fbpx
017-474 6866
Semak tempahan

Panduan Mengadakan Majlis Aqiqah 2021

10/03/2021

“Boleh ke buat majlis aqiqah tahun ni?”

Ibu-ibu dan bapa-bapa sekalian mesti tengah gelisah memikirkan tentang kenduri untuk anak mereka yang baru lahir.

Pandemik ini bukanlah penghalang untuk melaksanakan ibadah aqiqah ini. 

Ketahui dengan lebih lanjut dalam artikel ini tentang hukum dan panduan melaksanakan majlis aqiqah.

Hukum Aqiqah

Majlis aqiqah bukanlah perkara yang janggal dalam masyarakat Islam khususnya di negara Malaysia.

Malah, ia merupakan sunat muakkad (sunat yang amat digalakkan).

Maka tidak hairanlah ramai umat Rasulullah SAW yang ingin mengambil peluang merebut pahala.

Berdasarkan hadis baginda SAW: 

Daripada Salman bin Amir al-Dhabbi RA katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

مَعَ الْغُلاَمِ عَقِيقَتُهُ فَأَهْرِيقُوا عَنْهُ دَمًا وَأَمِيطُوا عَنْهُ الأَذَى

Maksudnya: “Bersama-sama kelahiran bayi ada aqiqahnya. Oleh itu, tumpahkanlah darah aqiqah bagi pihaknya dan buangkanlah kekotoran dan najis daripadanya”.

– Riwayat al-Bukhari (2839)

Panduan Mengadakan Majlis Aqiqah 2021

Negara kita masih lagi terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Namun, beberapa aktiviti sosial telah mula dibenarkan.

Antaranya, termasuklah majlis aqiqah.

Ada dua perkara yang anda perlu titikberatkan supaya anda mematuhi SOP PKPP, iaitu:

  • Penyediaan ruang untuk majlis aqiqah
majlis aqiqah

Walaupun rakyat Malaysia telah diberi kelonggaran untuk menjalankan aktiviti sosial tertentu, langkah spesifik masih juga perlu diambil.

Hal ini adalah untuk memastikan keselamatan semua pihak yang terlibat dengan majlis berikut.

Antara aspek penyediaan ruangan yang anda perlu pertimbangkan termasuklah: 

  • Penjarakan meja

Berdasarkan SOP, jarak antara satu meja ke meja yang lain mestilah dalam lingkungan 2 meter.

Manakala, penjarakan antara kerusi dan meja pula ialah 1 meter.

  • Pengudaraan di kawasan majlis

Untuk mengelakkan jangkitan dalam kalangan hadirin, penganjur perlu memastikan tempat yang dipilih adalah sesuai.

Ruangan yang sesuai adalah dari segi pengudaraan yang baik. 

Waktu majlis berlangsung juga perlu dihadkan kepada 3-5 jam sahaja. 

  • Kapasiti tetamu

Oleh kerana ruang adalah terhad, kapasiti tetamu juga turut terhad. 

Jika mengikut saiz ruangan, diambil kira juga penjarakan sosial, bilangan maksimum adalah dalam lingkungan 250 orang. 

  • Penghidangan makanan
majlis aqiqah

Penganjur dibenarkan untuk membuat antara tiga pilihan. 

Sama ada penghidangan makanan berbentuk buffet, dome setting ataupun secara berhidang (served).

Perkhidmatan sebegini boleh didapati melalui mana-mana katering pilihan penganjur. 

Ingat ya semua, sebarang aktiviti ‘merewang’ adalah tidak dibenarkan sepanjang PKPP!

  • Para petugas sewaktu majlis

Para petugas juga perlu mengambil langkah berhati-hati dengan memakai pelitup muka sepanjang masa.

Terutamanya, golongan yang bertugas di bahagian penghidangan makanan. 

  • Disinfeksi dan pembersihan 

Proses ini tampak remeh dan mudah.

Namun bak kata pepatah lama, “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna”.

Oleh itu, para penganjur bertanggungjawab menginfeksi setiap inci ruangan majlis seperti yang digariskan oleh KKM.

Penganjur perlu pastikan proses berikut berlaku sebelum dan selepas majlis.

Selain itu, pastikan juga segala item yang kerap disentuh seperti kerusi dan meja tetamu juga turut disinfeksi.

  1. Protokol dan aktiviti sewaktu majlis aqiqah berlangsung

Berikut merupakan sebahagian aktiviti yang biasa dilakukan sewaktu majlis berlangsung yang ‘disulam’ protokol PKPP:

  • Pendaftaran para tetamu

Sebaik sahaja tiba di majlis, para tetamu adalah bertanggungjawab untuk mendaftarkan diri.

Daftarkan nama dan nombor telefon bimbit beserta waktu kehadiran dan tandatangan di kaunter saringan.

Para tetamu juga boleh mengimbas kod QR yang disediakan oleh penganjur majlis menggunakan aplikasi MySejahtera. 

  • Proses ketibaan tetamu

Seusai pendaftaran, hadirin perlu mencuci tangan menggunakan hand sanitizer.

Hal ini adalah untuk mengelakkan perebakan sebarang kuman. 

Pastikan anda memakai pelitup muka dan menjaga jarak sosial anda sepanjang 1 meter dengan tetamu lain!

Diingatkan lagi sekali bahawa sebagai tetamu anda perlulah menghormati dan mematuhi arahan penganjur.

Hal ini adalah untuk memastikan kelicinan perjalanan majlis dan mengelakkan sebarang tragedi daripada berlaku. 

  • Sesi bergambar

Dalam kita berseronok-seronok beramah mesra, minda dan kelakuan kita perlu sentiasa dijaga ya! 

Boleh sahaja kita bergambar, namun, ia perlu dikendali oleh individu tertentu yang telah dipilih oleh pihak penganjur. 

Aliran sesi ini perlu dipantau oleh beberapa orang petugas untuk memastikan ia berjalan lancar. 

Selain itu, para tetamu perlu berwaspada dengan penjarakan sosial masing-masing dan mematuhi giliran bergambar.

  • Sewaktu majlis berlangsung

Terdapat beberapa SOP yang wajib dipatuhi oleh setiap daripada mereka yang terlibat dengan majlis.

Antaranya adalah mengelakkan daripada bersembang secara dekat-dekat.

Pastikan anda mengambil tempat duduk yang bertanda atau seperti yang ditetapkan oleh penganjur.

Sentiasa berwaspada dengan penjarakan sosial anda! 

Terutamanya apabila anda ingin mengambil makanan, ke tandas ataupun ketika mahu meninggalkan majlis. 

Hikmah Melakukan Aqiqah

Selain daripada menghidupkan sunnah, ia merupakan tanda kegembiraan pasangan berkahwin dengan kelahiran anak mereka. 

Dengan mengadakan majlis aqiqah, ia merupakan ekspresi kesyukuran ke hadrat Ilahi akan kehadiran bayi yang menghiasi kehidupan pasangan.

Ikatan silaturahim antara keluarga juga akan menjadi lebih kukuh dan erat. 

Semoga perkongsian kali ini dapat memberikan ibrah terutamanya kepada pasangan diluar sana.

Moga usaha ini juga turut menyumbang terhadap peningkatan kesedaran ummah sejagat tentang ibadah aqiqah. 

Ibu bapa diluar sana yang ingin melaksanakan ibadah aqiqah boleh mempertimbangkan perkhidmatan Simply Aqiqah.

Keistimewaan Simply Aqiqah:

  • Mudah dan cepat - anda boleh membuat pembayaran hanya di di hujung jari samada di komputer atau smartfon.
  • Proses aqiqah dari awal hingga akhir yang dilaksanakan setiap hari di Tanah Suci Mekah.
  • Beribadah sambil berinfaq - anda bukan sahaja menyempurnakan aqiqah untuk anak, malah dapat menyumbang kepada golongan yang memerlukan.
  • Video sembelihan dihantar kepada anda sebagai bukti sembelihan aqiqah anda telah dilakukan.
  • Percuma 7 hadiah istimewa serta Sijil Kayu Premium sebagai kenangan dengan setiap penyertaan.
  • Boleh menyemak status tempahan di laman web kami untuk rujukan anda.

Klik di sini untuk ketahui lebih lanjut tentang Simply Aqiqah

Ads placement

320x320

Latest posts

10/03/2021
Panduan Mengadakan Majlis Aqiqah 2021

“Boleh ke buat majlis aqiqah tahun ni?” Ibu-ibu dan bapa-bapa sekalian mesti tengah gelisah memikirkan tentang kenduri untuk anak mereka yang baru lahir. Pandemik ini bukanlah penghalang untuk melaksanakan ibadah aqiqah ini.  Ketahui dengan lebih lanjut dalam artikel ini tentang hukum dan panduan melaksanakan majlis aqiqah. Hukum Aqiqah Majlis aqiqah bukanlah perkara yang janggal dalam […]

Read More
10/03/2021
Perbezaan Perlaksanaan Aqiqah Anak Lelaki Dan Anak Perempuan

Apakah itu aqiqah? Apakah hukum melaksanakan aqiqah? Ada perbezaan ke antara aqiqah untuk anak lelaki dan perempuan?  Jika anda baru pertama kali mempunyai anak, pasti banyak persoalan tentang si kecil yang berlegar dalam minda. Jangan risau, artikel ini akan membantu anda memahami dengan lebih lanjut tentang aqiqah. Teruskan membaca untuk mendapatkan jawapan anda! Apa Itu […]

Read More
25/01/2021
Adakah Anda Tahu Sejarah Pelaksanaan Ibadah Aqiqah Sebelum dan Selepas Kedatangan Islam?

Ibadah aqiqah menjadi salah satu kebiasaan bagi ibu bapa Muslim yang baru mendapat anak. Ia merupakan tradisi yang sering disambut oleh kaum keluarga dan kenalan beserta dengan juadah kambing golek yang menyelerakan. Apabila kita menyelusuri sejarah aqiqah, ia sebenarnya telah bermula sejak ribuan tahun. Malah, ia telah dilaksanakan sebelum kelahiran Rasulullah S.A.W lagi. Aqiqah Sebelum […]

Read More
30/12/2020
Doa Aqiqah Dalam Bahasa Arab Serta Makna Dalam Rumi

Apakah doa dan bacaan semasa majlis aqiqah? Setiap majlis aqiqah tidak akan sempurna sekiranya tiada bacaan doa aqiqah. Doa merupakan satu permintaan yang ditujukan kepada Allah. Jadi tidak hairanlah dalam setiap ibadah, ada beberapa doa yang boleh kita baca. Berikut adalah bacaan doa aqiqah dalam bahasa Arab beserta tulisan ruminya. Niat Aqiqah Atau Doa Aqiqah […]

Read More
08/07/2020
Apakah sunnah yang dilakukan pada hari penyembelihan aqiqah ?

Nabi Muhammad SAW berbangga dengan ramainya umat baginda di hari akhirat kelak. Justeru, kelahiran bayi adalah sesuatu yang perlu disambut dengan adab Islam sebagai permulaan terhadap proses pembentukan mereka menjadi insan yang berguna. Sesuai dengan sabda Rasulullah dalam sebuah hadis : كُلُّ غُلاَمٍ رَهِينَةٌ بِعَقِيقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى “Setiap kelahiran bayi itu […]

Read More

Kategori

Simply Aqiqah (LA0020557-U)
8-2, Jalan PPS 1
Pusat Perdagangan Selaseh
68100, Batu Caves, Selangor
© 2020 SimplyAqiqah.com
Qurbanify by Tombark
bookmarkmap-markercrossmenu
×
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram