fbpx
017-474 6866
Semak tempahan

Perbezaan Perlaksanaan Aqiqah Anak Lelaki Dan Anak Perempuan

10/03/2021

Apakah itu aqiqah? Apakah hukum melaksanakan aqiqah? Ada perbezaan ke antara aqiqah untuk anak lelaki dan perempuan? 

Jika anda baru pertama kali mempunyai anak, pasti banyak persoalan tentang si kecil yang berlegar dalam minda.

Jangan risau, artikel ini akan membantu anda memahami dengan lebih lanjut tentang aqiqah.

Teruskan membaca untuk mendapatkan jawapan anda!

Apa Itu Aqiqah?

Aqiqah dari segi bahasa bermaksud rambut yang terdapat pada kepala kepala bayi sewaktu kelahirannya.

Rambut itu dinamakan aqiqah kerana ianya harus dipotong.

Dari segi istilah pula, aqiqah merujuk penyembelihan binatang an’am tertentu untuk kepentingan anak, di samping mencukur rambut bayi dan memberi nama kepadanya.

Antara binatang an’am yang boleh dijadikan korban ialah kibas, biri-biri, domba, kambing, lembu, kerbau dan unta.

Sebelum mengadakan aqiqah, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi.

Antaranya adalah memastikan umur binatang untuk dikorbankan itu cukup umur. 

Bagi kibas, biri-biri, domba dan kambing, anda perlu memastikan umurnya sudah setahun dan telah gugur gigi sesudah ia berumur enam bulan.

Seterusnya, untuk mengorbankan lembu dan kerbau, umurnya perlu melebihi satu tahun apabila gigi sususan hadapannya gugur.

Unta pula perlu berumur melebihi lima tahun.

Haiwan-haiwan yang dikorbankan juga perlu terdiri daripada haiwan ternak, tidak cacat, kurus, buta atau bunting. 

Pasti ada yang tertanya, apakah wajib untuk melaksanakan aqiqah?

Imam Syafi’e berpendapat hukum melaksanakan aqiqah adalah sunat muakkad.

Sunat muakkad bermakna sunat yang sangat dituntut pelaksanaannya terutamanya bagi golongan yang berkemampuan.

Jika anda tidak mampu melakukan aqiqah anak anda ketika usianya 7 hari, aqiqah boleh dilaksanakan ketika anak berumur 14 hari atau 21 hari.

Sekiranya tidak mampu melakukan pada hari-hari tersebut, bolehlah dilakukan pada bila-bila masa bila ada kemampuan sehinggalah anak mencapai umur baligh. 

Apabila anak sudah dewasa dan aqiqah masih belum dilaksanakan, adalah sunat bagi anak tersebut untuk membuat aqiqah untuk dirinya sendiri.

Perbezaan Aqiqah Anak Lelaki dan Anak Perempuan

Ibu bapa perlu mengambil tahu tentang aqiqah dan perbezaan dalam ibadah tersebut berdasarkan jantina anak. 

Perbezaan aqiqah bagi lelaki dan perempuan adalah kadar aqiqahnya. 

Bagi anak lelaki, dua ekor kambing harus dikorbankan.

Manakala aqiqah anak perempuan pula memerlukan seekor kambing. 

Walaupun kadarnya diukur dengan menggunakan kambing, haiwan lain juga boleh dikorbanlan untuk menggantikan kambing.

Jadi bagaimana pula pengiraan kadar aqiqahnya jika anda tidak menggunakan kambing sebagai korban.

Menurut mazhab al-Syafi’e, kambing boleh digantikan dengan lembu atau unta. 

Perbandingannya adalah seekor bahagian kambing bersamaan dengan 1 bahagian lembu atau unta.

Namun, menyembelih dua ekor kambing bagi anak lelaki bukanlah satu kemestian.

Boleh juga membuat aqiqah seekor kibas seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW bagi aqiqah cucu baginda.

Haiwan aqiqah lain seperti lembu, kerbau dan unta boleh dikongsi sehingga 7 bahagian bersamaan 7 ekor kambing.

Hikmah Melakukan Aqiqah Anak

Terdapat pelbagai hikmah melakukan aqiqah bagi anak anda.

Antara hikmahnya adalah sebagai tanda kegembiraan dan kesyukuran atas kurniaan tuhan dengan lahirnya anak anda.  

Selain itu, aqiqah juga adalah satu jalan untuk menjadikan permulaan kehidupan anak anda dengan dekat dengan Allah SWT dan perkara-perkara kebaikan.

Aqiqah juga sangat membantu dalam mengukuhkan hubungan di antara keluarga suami isteri yang baru mendapat bayi dengan masyarakat umum.

Seterusnya, aqiqah adalah satu cara untuk memaklumkan kepada masyarakat umum tentang anugerah Tuhan. 

Bagi ibu bapa yang ingin mendaftar ibadah aqiqah bagi si kecil, boleh mendaftar dengan Simply Aqiqah.

Simply Aqiqah

Simply Aqiqah membantu memudahkan urusan ibu bapa dengan melakukan perkhidmatan aqiqah bagi anak mereka di Mekah.

Apakah kepentingan mendaftar aqiqah dengan Simply Aqiqah?

Proses yang mudah dan cepat kerana anda boleh membuat pembayaran melalui laman web mereka.

Selain itu, proses aqiqah dari awal hingga ke akhir dilaksanakan di Tanah Suci Mekah.

Seterusnya, anda mendapat bonus menjalankan aqiqah di samping berinfaq dengan menyumbang kepada golongan yang diperlukan.

Anda akan mendapat percuma 7 hadiah istimewa serta Sijil Kayu Premium sebagai kenangan.

Anda tidak perlu ragu-ragu kerana video sembelihan akan dihantar kepada anda sebagai bukti penyembelhan aqiqah anda!

Layari laman web Simply Aqiqah untuk mendaftar aqiqah si kecil anda!

Ads placement

320x320

Latest posts

10/03/2021
Panduan Mengadakan Majlis Aqiqah 2021

“Boleh ke buat majlis aqiqah tahun ni?” Ibu-ibu dan bapa-bapa sekalian mesti tengah gelisah memikirkan tentang kenduri untuk anak mereka yang baru lahir. Pandemik ini bukanlah penghalang untuk melaksanakan ibadah aqiqah ini.  Ketahui dengan lebih lanjut dalam artikel ini tentang hukum dan panduan melaksanakan majlis aqiqah. Hukum Aqiqah Majlis aqiqah bukanlah perkara yang janggal dalam […]

Read More
10/03/2021
Perbezaan Perlaksanaan Aqiqah Anak Lelaki Dan Anak Perempuan

Apakah itu aqiqah? Apakah hukum melaksanakan aqiqah? Ada perbezaan ke antara aqiqah untuk anak lelaki dan perempuan?  Jika anda baru pertama kali mempunyai anak, pasti banyak persoalan tentang si kecil yang berlegar dalam minda. Jangan risau, artikel ini akan membantu anda memahami dengan lebih lanjut tentang aqiqah. Teruskan membaca untuk mendapatkan jawapan anda! Apa Itu […]

Read More
25/01/2021
Adakah Anda Tahu Sejarah Pelaksanaan Ibadah Aqiqah Sebelum dan Selepas Kedatangan Islam?

Ibadah aqiqah menjadi salah satu kebiasaan bagi ibu bapa Muslim yang baru mendapat anak. Ia merupakan tradisi yang sering disambut oleh kaum keluarga dan kenalan beserta dengan juadah kambing golek yang menyelerakan. Apabila kita menyelusuri sejarah aqiqah, ia sebenarnya telah bermula sejak ribuan tahun. Malah, ia telah dilaksanakan sebelum kelahiran Rasulullah S.A.W lagi. Aqiqah Sebelum […]

Read More
30/12/2020
Doa Aqiqah Dalam Bahasa Arab Serta Makna Dalam Rumi

Apakah doa dan bacaan semasa majlis aqiqah? Setiap majlis aqiqah tidak akan sempurna sekiranya tiada bacaan doa aqiqah. Doa merupakan satu permintaan yang ditujukan kepada Allah. Jadi tidak hairanlah dalam setiap ibadah, ada beberapa doa yang boleh kita baca. Berikut adalah bacaan doa aqiqah dalam bahasa Arab beserta tulisan ruminya. Niat Aqiqah Atau Doa Aqiqah […]

Read More
08/07/2020
Apakah sunnah yang dilakukan pada hari penyembelihan aqiqah ?

Nabi Muhammad SAW berbangga dengan ramainya umat baginda di hari akhirat kelak. Justeru, kelahiran bayi adalah sesuatu yang perlu disambut dengan adab Islam sebagai permulaan terhadap proses pembentukan mereka menjadi insan yang berguna. Sesuai dengan sabda Rasulullah dalam sebuah hadis : كُلُّ غُلاَمٍ رَهِينَةٌ بِعَقِيقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى “Setiap kelahiran bayi itu […]

Read More

Kategori

Simply Aqiqah (LA0020557-U)
8-2, Jalan PPS 1
Pusat Perdagangan Selaseh
68100, Batu Caves, Selangor
© 2020 SimplyAqiqah.com
Qurbanify by Tombark
bookmarkmap-markercrossmenu
×
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram