fbpx
017-474 6866
Semak tempahan

MERAIKAN KELAHIRAN INSAN KESAYANGAN ANDA

AQIQAH DI MEKAH

“Bersama-sama kelahiran bayi ada aqiqahnya. Oleh itu, tumpahkanlah darah aqiqah bagi pihaknya dan buangkanlah kekotoran dan najis daripadanya.”
Riwayat al-Bukhari (2839)

PU Amin

Duta Simply Aqiqah

Buat AQIQAH Dapat UMRAH

Setiap penyertaan ibadah Aqiqah berpeluang memenangi pakej menunaikan Umrah PERCUMA

Seperti dilihat di

Sebab Utama kenapa anda mesti pilih kami

Apa istimewanya kami

EZ payment

Kami menyediakan khidmat “EZ Payment” dengan kadar 0% interest.

Tanah suci Mekah

Dilaksanakan di Mekah dan diagihkan kepada yang layak.

Tracking

Kemudahan untuk menyemak status Aqiqah anda.

Beribadah sambil berinfaq

Sebahagaian keuntungan disalurkan kepada yang memerlukan.
Lihat Video

Bukti video & gambar

Video sembelihan berserta nama anak anda dilafazkan.
Lihat Video

Harga istimewa

 RM499

/ekor
daftar Aqiqah

HADIAH PERCUMA

Untuk setiap tempahan Aqiqah

proses  aqiqah

3 langkah mudah

Akad

Mulakan ibadah suci dengan mengisi borang menggunakan akad yang jelas dan patuh syariah.

AQIQAH

Penyembelihan dibuat setiap hari jummaat (Aqiqah).

Video khas

Anda akan menerima Video serta gambar umum sebagai bukti penyembelihan 3 hari selepas sembelihan dan hadiah akan diposkan seminggu selepas.
Selama lebih satu dekad, Simply Aqiqah telah membantu hampir 30,000 pelanggan mereliasasikan hajat mereka untuk melaksanakan ibadah Aqiqah & Qurban di Haramain.

29,783

Pelanggan
ini sebahagian daripadanya

Apa kata pelanggan kami

  • "Sejak dari 2017 lagi wakil kami sendiri ke Mekah untuk pantau sendiri pengurusan ibadah Qurban"
    Tuan Haji Mohd Roslan Mohd Saludin
    QSR Brands
    " Kami selalu sibuk denga kerja. SimplyAqiqah mudahkan kami untuk aqiqahkan anak kami"
    Zaty
    JB, Johor Bharu
    "Saya baru tahu wujud service macam SimplyAqiqah. Terus tempah dan selesai. Dapat free gift lagi!"
    Muhammad Fauzzury
    Batu caves, Selangor
  • "Memudahkan kami sebagai organisasi untuk menguruskan permintaan
    pelanggan"

    Tuan Haji Mohd Roslan Mohd Saludin,
    QSR Brands
  • "Saya baru tahu wujud service macam SimplyAqiqah. Terus tempah dan selesai. Dapat free gift lagi!"
    Muhammad Fauzzury
    Batu Caves, Selangor
  • " Kami selalu sibuk denga kerja. SimplyAqiqah mudahkan kami untuk aqiqahkan anak kami"
    Zaty
    JB, Johor Bharu

Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre

Penasihat SimplyAqiqah
Anda mempunyai soalan?

Menjawab persoalan anda

Apakah itu aqiqah & kepentinganya?

Aqiqah menurut bahasa ialah ‘memotong’. Pada asalnya ia merujuk pada rambut yang terdapat pada kepala bayi ketika bayi tersebut keluar dari rahim ibunya, rambut itu dinamakan aqiqah kerana ianya harus dipotong (dicukur).

Menurut istilah pula aqiqah ialah haiwan yang disembelih kerana bayi atau untuk bayi yang dilahirkan. Dinamakan sembelihan itu dengan aqiqah adalah kerana haiwan tersebut disembelih pada hari mencukur rambut kepala bayi itu.

Bilakah waktu paling baik untuk melaksanakan aqiqah?

Dalam menentukan waktu yang terbaik untuk seseorang itu melaksanakan aqiqah, kita perhatikan pandangan Imam Ahmad ibn Hanbal yang menyatakan bahawa penyembelihan aqiqah dilaksanakan pada hari ketujuh, jika tidak dapat maka pada hari keempat belas, jika tidak dapat juga maka lakukanlah pada hari kedua puluh satu.

Adapun jika pada hari-hari tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana tidak berkemampuan, maka penyembelihan boleh dilakukan pada hari-hari lain yang memungkinkannya melaksanakan aqiqah tersebut.

Rasulullah S.A.W bersabda; “ Seorang anak terikat dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ketujuh, dan dicukur serta diberi nama.” Hadis riwayat Ahmad & Tirmidzi.

Siapakah yang dituntut oleh Islam untuk melaksanakan aqiqah?

Aqiqah merupakan suatu bentuk ibadah apabila seseorang itu dikurniakan anak oleh Allah S.W.T. Maka ia dituntut ke atas setiap ibu bapa yang dikurniakan anak sebagai tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T.

Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W. bersabda: “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W menuntut untuk dinamakan anak (yang baru lahir) pada hari ketujuh, dicukur rambutnya dan diaqiqahkannya.” Hadis Riwayat Tirmidzi.

Apakah perbezaan antara aqiqah dan Qurban?

Antara perbezaan yang wujud di antara aqiqah dan qurban ialah;

Aqiqah dituntut perlaksanaannya sekali seumur hidup, manakala ibadah qurban disunatkan perlaksanaannya setiap tahun iaitu pada Hari Raya Haji.

Daging sembelihan aqiqah sunat diagihkan setelah dimasak, adapun daging sembelihan korban pula sunat diagihkan dalam keadaan mentah.

Tidak digalak mematahkan tulang haiwan sembelihan aqiqah, sebaliknya haiwan sembelihan korban tidak dilarang. Sunat menghadiahkan kaki kanan haiwan sembelihan aqiqah kepada bidan yang menyambut kelahiran, berbeza dengan korban tidak disunatkan demikian.

Apakah ketentuan aqiqah bagi anak lelaki dan anak perempuan?

Perlaksanaan ibadah aqiqah dianjurkan untuk anak lelaki dan juga anak perempuan, sebagaimana hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud; “Anak lelaki diaqiqahkan dengan dua ekor kambing dan anak perempuan diaqiqahkan dengan seekor kambing.” Hadis riwayat Ahmad & Tirmidzi.

Dalam sebuah hadis lain Rasulullah bersabda; “Rasulullah S.A.W telah memerintahkan kepada kami untuk mengaqiqahkan anak lelaki dengan dua ekor kambing dan anak perempuan dengan satu ekor kambing.”

Hadis riwayat Ibn Abi Syaiban. Hadis di atas secara keseluruhannya menunjukkan dua perkara; Pertama; baik anak lelaki mahupun perempuan, sama-sama disyariatkan supaya dilaksanakan aqiqah. Kedua; perbezaan bahawa anak lelaki dengan dua ekor kambing sedangkan anak perempuan dengan satu ekor kambing.

Menurut jumhur ulama, haiwan yang dibolehkan untuk disembelih bagi ibadah aqiqah ialah unta, lembu, kerbau, kambing, biri-biri dan kibas. Pelaksanaan penyembelihan haiwan tersebut di dalam ibadah aqiqah juga mempunyai syarat-syarat tertentu seperti berikut;

Unta berumur 5 tahun dan masuk tahun ke 6.
Lembu atau kerbau berumur 2 tahun masuk tahun ke 3.
Kambing atau biri-biri berumur 2 tahun atau telah bersalin gigi.
Kibas berumur 1 tahun atau telah bersalin gigi.
Haiwan tersebut juga disyaratkan tidak cacat.

Apakah haiwan sembelihan yang dibolehkan untuk ibadah aqiqah?

Menurut jumhur ulama, haiwan yang dibolehkan untuk disembelih bagi ibadah aqiqah ialah unta, lembu, kerbau, kambing, biri-biri dan kibas. Pelaksanaan penyembelihan haiwan tersebut di dalam ibadah aqiqah juga mempunyai syarat-syarat tertentu seperti berikut;

   1. Unta berumur 5 tahun dan masuk tahun ke 6.
  2. Lembu atau kerbau berumur 2 tahun masuk tahun ke 3.
  3. Kambing atau biri-biri berumur 2 tahun atau telah bersalin gigi.
  4. Kibas berumur 1 tahun atau telah bersalin gigi.
  5. Haiwan tersebut juga disyaratkan tidak cacat.

Siapakah yang layak menerima daging sembelihan aqiqah?

Mereka yang paling layak menerima sedekah adalah orang fakir dan miskin dari kalangan umat Islam, begitu juga dengan aqiqah, mereka yang paling layak menerima adalah orang miskin di kalangan umat Islam. Walau bagaimanapun berdasarkan beberapa buah hadis dan amalan Rasulullah dan para sahabat, kita disunatkan juga memakan sebahagian daripada daging tersebut, bersedekah sebahagian dan menghadiahkan sebahagian lagi. Apa yang membezakan aqiqah dan qurban ialah kita disunatkan memberikan sebahagian kaki kambing aqiqah tersebut kepada bidan yang menyambut kelahiran tersebut.
29/06/2020
Apakah Hikmah Melakukan Qurban ?

Apa itu korban ? Menyembelih binatang tertentu pada Hari Raya Aidiladha @ Hari Tasyriq dengan tujuan mendampingi diri kepada Allah S.W.T. 2. Sejarah Pensyariatan Ibadah Qurban 📌 Allah datangkan satu bentuk ujian yang paling tidak masuk akal dalam hidup Nabi Ibrahim a.s. 📌 Baginda selama puluhan tahun menanti dikurniakan zuriat dan akhirnya lahirlah Nabi Ismail […]

03/07/2020
Siapakah yang dituntut oleh Islam untuk melaksanakan Aqiqah ?

Kehadiran cahaya mata adalah satu perkara yang amat dinantikan bagi setiap pasangan yang berkahwin. Ini adalah saat yang paling membahagiakan bagi mana-mana pasangan. Namun disebalik kebahagian tersebut ada amanah yang perlu dilaksanakan . Sebelum itu, mari kita fahami apakah itu aqiqah dan hukumnya 🙂 Apa itu Aqiqah ? Menurut bahasa : Memotong . Pada Asalnya ia […]

JOM! SERTAI SIMPLY AQIQAH MENGHIDUPKAN SUNNAH RASULULLAH

Rasulullah SAW mengaqiqahkan al-Hasan dan al-Husain seekor kibasy yang serupa dan sepadan bagi setiap seorang”.
Riwayat Abu Daud (2841)
Simply Aqiqah (LA0020557-U)
8-2, Jalan PPS 1
Pusat Perdagangan Selaseh
68100, Batu Caves, Selangor
© 2020 SimplyAqiqah.com
Qurbanify by Tombark
bookmarkusersmap-markercrossmenu
×
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram